Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Selaras dengan dasar dan tujuan Yayasan bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya mereka yang yang kurang berkemampuan, pada hari Isnin, 7 Rabiulawal 1436 bersamaan 29 Disember 2014, Yayasan menyampaikan sumbangan bantuan peralatan dan keperluan persekolahan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Sumbangan dalam bentuk kupon bagi pembelian buku-buku dan peralatan sekolah dan buku-buku tulis (exercise books) adalah merupakan pemedulian dan sokongan Yayasan dalam memeduli hal-ehwal pendidikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini adalah dihasratkan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka, lebih-lebih lagi pada ketika ini bagi menyambut penggal awal persekolahan tahun 2015.

Majlis pada hari ini adalah bagi menyampaikan sumbangan bantuan pembelian peralatan persekolahan dalam bentuk kupon yang bernilai B$60.00 berserta buku-buku tulis (cetakan Yayasan) sebanyak 20 buah bagi setiap pelajar.

Seramai 660 orang pelajar dari 224 buah keluarga dari Daerah Brunei/Muara dan Daerah Tutong yang kurang berkemampuan menerima sumbangan tersebut. Jumlah keseluruhan sumbangan yang akan disampaikan pada hari ini berjumlah B$51,320.50.

Sebelum ini, iaitu pada 11 Disember 2014 yang lalu, Yayasan juga telah meyampaikan sumbangan bantuan seumpama ini kepada 458 pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari Daerah Temburong dan Tutong yang keseluruhannya berjumlah $35,199.50.

Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir menerima sumbangan tersebut ialah para ibu-bapa / penjaga dan sebahagian nya diwakili oleh Guru-Guru Besar dimana pelajar-pelajar tersebut bersekolah.

Adalah diharapkan sumbangan seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar berkenaan dan memberi dorongan kepada mereka untuk meneruskan serta mempertingkatkan pencapaian pelajaran masing-masing. Projek seumpama ini juga diharapkan supaya akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bagi sama-sama memeduli kebajikan mereka yang kurang bernasib baik dan sangat-sangat memerlukan.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086