Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah dan lain-lain. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

Pada hari Jumaat, 21 Muharam 1436 bersamaan 14 November 2014, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$29,400.00 kepada 55 buah keluarga terdiri daripada 33 ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Bakut Siraja Muda B dan RPN Lambak Kanan baru-baru ini.

Senarai ketua keluarga mangsa bencana alam yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

Kampong Bakut Siraja Muda B
1. Dayang Saadiah binti Haji Hitam
2. Awang Fathul Watan bin Bolhassan
3. Pg Fatimah binti Pg Haji Omarali
4. Pg Hjh Norsalam binti Pg Haji Omarali (sebahagian rumah terjejas)

RPN Lambak Kanan (kerosakan dapur akibat kebakaran)
5. Dayang Ajar binti Haji Maidin

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086