Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pada hari Selasa, 12 Zulhijjah 1435 Hijrah bersamaan 7 Oktober 2014 Masihi telah diadakan Majlis Sambutan 'Iduladha dan 'Ibadah Qurban Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) Tahun 1435H / 2014M bertempat di Ibu Pejabat YSHHB.

Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) melalui Bahagian Keagamaan. Sebanyak 66 penyertaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan YSHHB dan ahli-ahli keluarga telah menyertai ibadah qurban / aqiqah pada tahun ini dimana sebanyak 7 ekor kerbau, 2 ekor sapi dan 2 ekor kambing telah disembelih bersempena ibadah qurban ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan takbir hari raya dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Shamsul Muawan bin Haji Shodiq, Guru Sekolah Menengah YSHHB.

Sejurus kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian daging-daging qurban kepada para peserta yang mengikuti 'Ibadah Qurban yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian daging-daging qurban kepada golongan fakir miskin dari beberapa buah kampong yang disampaikan kepada wakil-wakil seperti berikut:

1. Yang Mulia Awang Shahminan bin Haji Matzin,
Ketua Kampong Bolkiah 'A'

2. Yang Mulia Awang Shamsudin bin Haji Maidin,
Ketua Kampong Bolkiah 'B';

3. Yang Mulia Awang Roslan bin Duraman,
Wakil Imam Masjid Kampong Bukit;

4. Yang Mulia Awang Hairol Mazlan bin Abdul Razak,
Imam Masjid Kampong Benutan;

5. Yang Mulia Awang Haji Nordin bin Haji Awang Bakar,
Kampong Burong Pingai Berakas;

6. Yang Mulia Awang Haji Ramlee bin Haji Mohd Zain;
Ketua Kampong Sungai Akar;

7 Yang Mulia Awang Muhd Izzul Islam bin Abdullah,
Imam Pusat Kegiatan Ugama Kampong Bebuloh.

Majlis diikuti dengan penyampaian sumbangan kewangan YSHHB kepada 2 buah badan sosial (NGO) di negara ini yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB. Jumlah keseluruhan sumbangan adalah B$100,000.00 iaitu seperti berikut:

1. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam menerima sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berfungsi menyediakan perkhidmatan dan latihan kepada insan-insan istimewa yang kurang upaya dari segi anggota dan intelek untuk membolehkan mereka mencapai potensi ke tahap maksimum. YSHHB telah memberikan sumbangan tahunan sebanyak B$50,000.00 (Ringgit Brunei: Lima Puluh Ribu Sahaja) setahun kepada Pusat ini iaitu bermula pada tahun 2001 dimana bertujuan bagi memberi sokongan kepada Pusat ini dalam mengendalikan perkhidmatannya. Sumbangan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Alimin bin Haji Abdul Wahab, Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

2. Persatuan Bagi Pengurusan Autism Dalam Latihan, Pendidikan Dan Sumber (SMARTER) Brunei menerima sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00. Sumbangan dari YSHHB ini adalah bagi membantu membiayai pengurusan dan pengendalian kegiatan-kegiatan Persatuan SMARTER Brunei. Persatuan SMARTER Brunei ialah persatuan bagi sekumpulan ibu-bapa yang mempunyai anak yang menghidapi autisma. Sumbangan diterima oleh Yang Mulia Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, Yang di-Pertua Persatuan SMARTER Brunei.

Majlis hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan Tabung Derma Khairat Pekerja (TADEKHA) YSHHB kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) iaitu sebanyak B$500.00. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Rithauddin bin Haji Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja YSHHB kepada Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan YSHHB selaku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Majlis pada petang tersebut ditutup dengan bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Shamsul Muawan bin Haji Shodiq, Guru Sekolah Menengah YSHHB.

Hadir di majlis penyampaian ini ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan YSHHB; Penolong-Penolong Pengarah Urusan YSHHB; para jemputan khas; pegawai dan kakitangan serta guru-guru dan kakitangan Sekolah YSHHB.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086