Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam bencana rumah roboh. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

Pada hari Jumaat, 18 Syawal 1435 bersamaan 15 Ogos 2014, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah B$5,000.00 kepada keluarga Awang Haji Omar bin Haji Bini yang terdiri daripada 13 ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh di Kampong Pintu Malim pada 10 Ogos 2014.

Sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086