Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah dan bencana angin kencang. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

Pada hari Selasa, 8 Syawal 1435 bersamaan 5 Ogos 2014, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$32,950.00 kepada 8 buah keluarga yang terdiri daripada 17 ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan kejadian angin kencang di beberapa buah kampung.

Senarai ketua keluarga mangsa bencana alam yang menerima sumbangan daripada Yayasan adalah seperti berikut:

Musibah Kebakaran Rumah
Kampong Saba Darat 'B'
1. Pengiran Haji Nor Abidin bin Pengiran Shabudin
2. Pengiran Nordin bin Pengiran Haji Nor Abidin

RPN Kampong Lambak Kanan
3. Awang Haji Durahman bin Haji Chuchu

Kampong Rambai
4. Dayang Siti Mariani binti Abdullah Merikan

Kampong Pandan Belait
5. Awang Liong

Musibah Angin Kencang
Kampong Tamoi Ujong
6. Dayang Mariana binti Haji Latif

Kampong Bakut Pg Siraja Muda 'B'
7. Pengiran Nuraini binti Pengiran Haji Bakar

Kampong Lurong Dalam
8. Dayang Hajah Tiawa binti Ahmad

Sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086