Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah dan lain-lain. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

Pada hari Jumaat, 20 Ramadan 1435 bersamaan 18 Julai 2014, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$4,800.00 kepada 5 buah keluarga terdiri daripada 16 ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Terunjing dan Kampong Masin.

Senarai ketua keluarga mangsa bencana alam yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

Kampong Terunjing
1. Dayang Juriana binti Jali
2. Dayang Ratna binti Jali
3. Dayang Rohana binti Jali

Kampong Masin
4. Awang Roslan bin Haji Kalong
5. Awang Kassim Mohd Ibrahim Jainul Abidin

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086