
Selaras dengan wawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat, pada hari Selasa, 12 Syaaban 1435 bersamaan 10 Jun 2014, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan seperti berikut:
1. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam
Sebagai sokongan terhadap program yang diungkayahkan oleh Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam iaitu Larian Amal ke-3 "The Run 2014", sebanyak B$5,000.00 disumbangkan bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengendalikan Larian Amal tersebut.
Hadir menerima sumbangan ialah Yang Mulia Dato Paduka Mohd Alimin bin Abdul Wahab, Pemangku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
2. Pusat Al-Islah Biro Kawalan Narkotik
Yayasan memberikan sumbangan kewangan sebanyak B$1,500.00 kepada Pusat Al-Islah (PAI), Biro Kawalan Narkotik bagi membiayai keperluan dua orang penghuni PAI (residen) yang telah dikenalpasti bagi pengambilan Lesen Kelas Enam dan "Defense Driving". Ini adalah salah satu inisiatif PAI dibawah program yang baru iaitu Skim Pelepasan Sementara (SPS) sebagai satu program rawatan dan pemulihan bagi membolehkan residen untuk mencari dan mendapat pekerjaan dalam persediaan sebelum dibebaskan sepenuhnya.

Menerima sumbangan ini ialah Yang Mulia Dayang Siti Norhadinah binti Haji Marsal, Ketua Pegawai Narkotik selaku Timbalan Komandan Pusat Al-Islah.
3. Universiti Brunei Darussalam
Yayasan juga memberikan sumbangan tajaan sebanyak B$5,000.00 kepada Universiti Brunei Darussalam iaitu bagi menganjurkan 'Bukit Pagon Expedition Conference and Bukit Teraja Forest Expedition'.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Nurfarazida binti Haji Abdullah, Penolong Pendaftar Universiti Brunei Darussalam.
4. Pengiran Anak Rashidah Sa'adatul Bolkiah Institute of Health Science
Sebanyak B$5,000.00 disumbangkan kepada Pengiran Anak Rashidah Sa'adatul Bolkiah Institute of Health Science, Universiti Brunei Darussalam iaitu bagi menganjurkan '10th International Nursing & Midwifery Conference' yang akan diadakan pada 24 hingga 27 Jun 2014.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Armah binti Tengah, Ketua Program Kejururawatan dan Perbidanan, Pengiran Anak Rashidah Sa'adatul Bolkiah Institute of Health Science, Universiti Brunei Darussalam
5. Jawatankuasa Keagamaan Universiti Brunei Darussalam
Bagi mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan belia dalam pembangunan masyarakat, Yayasan memberikan sumbangan sebanyak B$4,000.00 kepada Jawatankuasa Keagamaan Universiti Brunei Darussalam iaitu bagi mengadakan UBD's Youth Reach Programme: Ekspedisi Intelektual Min Masjid ila Masjid kali ke-6 pada 12 hingga 15 Jun 2014 dan juga sebanyak B$1,000.00 bagi mengadakan Kursus dan Bengkel Kesempurnaan Solat kali ke-3 sempena Sambutan Memperingati Isra' dan Mi'raj 1435H.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Dk Hajah Sarbiah binti Pengiran Haji Osman, Pegawai Kewangan Universiti Brunei Darussalam.
6. Masjid Kampong Bukit
Dalam menyemarakkan syiar Islam, Yayasan memberikan sumbangan kewangan kepada masjid, surau dan balai ibadat yang mengendalikan aktiviti keagamaan. Bagi tujuan ini, Yayasan menyumbangkan sebanyak B$2,380.00 kepada Masjid Kampong Bukit, Daerah Tutong bagi mengadakan Peraduan Membaca Ayat Suci Al-Quran secara Muratal bagi Pelajar Kelas Bimbingan Mualaf Masjid Kampong Bukit.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Azley bin Haji Aliuddin, Ketua Imam Masjid Kampong Bukit, Daerah Tutong.
7. Persatuan Ping Pong Amatur Brunei (BATTA)
Yayasan menyumbangkan sebanyak B$5,000.00 kepada Persatuan Ping Pong Amatur Brunei (BATTA) bagi mengendalikan 20th South East Asian Junior Table Tennis Championship 2014 yang akan diadakan pada 16 hingga 21 Jun 2014.

Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Damit bin Haji Abdul Rahman, Pengerusi Persatuan BATTA.
8. Sebahagian masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara
Sumbangan kewangan kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara bagi mengadakan majlis dan aktiviti dibulan Ramadhan adalah merupakan projek tahunan Yayasan dalam bidang ugama. Ini juga adalah merupakan salah satu usaha Yayasan bagi mentakmirkan masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya dalam mempertingkatkan syiar Islam di negara ini. Bagi bulan Ramadhan 1435H / 2014M, Yayasan menyumbangkan sebanyak B$30,200.00 kepada 44 buah masjid, surau dan balai ibadat di keempat-empat Daerah di seluruh negara.
Berikut adalah senarai sebahagian masjid, surau dan balai ibadat yang menerima sumbangan untuk tujuan mengadakan majlis atau aktiviti di bulan Ramadan bagi tahun 1435H/2014M:
Daerah Brunei Dan Muara
1. Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kg. Bolkiah 'A'
2. Masjid Kg. Kasat
3. Masjid Kg. Pudak
4. Masjid PDI Haji Abd Mokti, Kg. Burong Pingai Air
5. Masjid Kg. Junjungan
6. Masjid Kg. Menunggol
7. Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kg. Setia
8. Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Kg. Katimahar
9. Masjid STKRJ Kg. Lambak Kiri
10. Balai Ibadat Mukim Saba
11. Balai Ibadat Kg. Sungai Pandan
12. Balai Ibadat Kg. Peramu
13. Balai Ibadat Kg. Lorong Dalam
14. Balai Ibadat Nur Taqwa Kg. Sg. Siamas
15. Pusat Kegiatan Ugama Kg. Bebuloh
16. Persatuan Nurul Islam (PNI) Surau PDI
Daerah Tutong
1. Masjid Kg. Tanjong Maya
2. Masjid Kg. Penapar
3. Masjid Kg. Danau
4. Masjid Pg. Muda Abdul Wakeel, Kg. Kiudang
5. Masjid Kg. Sinaut
6. Masjid Kg. Bukit Panggal
7. Masjid Kg. Penabai Kuala Tutong
8. Masjid Hj Abdul Azim, Kg. Luagan Dudok
9. Masjid PAIPA Sarah, Kg. Sungai Kelugos
10. Masjid RPN Kg. Bukit Beruang
11. Masjid Kg. Bukit Udal
12. Masjid Kg. Bang Dalam
13. Masjid Kg. Bukit
14. Masjid Kg. Benutan
15. Balai Ibadat Kg. Sengkarai
16. Persatuan Saudara-Saudara Baru Daerah Tutong (PESATU)
Daerah Belait
1. Masjid Al Mashor, Kg. Sungai Mau
2. Balai Ibadat Kg. Melilas
3. Balai Ibadat Kg. Sukang
4. Balai Ibadat Kg. Merangking
5. Persatuan Sinar Islam
Daerah Temburong
1. Masjid Pg Haji Abu Bakar, Kg. Bokok
2. Masjid Kg. Selangan
3. Masjid RPN Kg. Rataie
4. Balai Ibadat Kg. Sibut
5. Balai Ibadat Kg. Semabat
6. Balai Ibadat Kg. Piasau-Piasau
7. Pos Da'wah Kg. Selapon
Menyampaikan bagi kesemua sumbangan tersebut ialah Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan.
Turut hadir di majlis ini ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Hal-Ehwal Masjid, Imam-Imam dan pegawai-pegawai masjid yang berkenaan serta pegawai-pegawai Yayasan.






