Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh Majlis Mesyuarat Negara pada 6 Mac 2014 lalu yang mana Baginda menekankan mengenai pentingnya perpaduan masyarakat di negara ini tanpa mengira apa jua suku kaum dan pegangan yang menjadi benteng serta kekuatan semula jadi di dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan negara, pada hari ini, Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2014 diadakan serentak di keempat-empat buah daerah di seluruh negara.

Pada kesinambungan Hari Keluarga Kebangsaan 2014 ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) juga tidak ketinggalan mengadakan Hari Keluarga Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2014 pada hari Ahad, 4 Rejab 1435H bersamaan 4 Mei 2014 yang diadakan di Plaza Tengah Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan yang bertema "Santai bersama keluarga Yayasan".

Salah satu tujuan Hari Keluarga Yayasan 2014 ini diadakan adalah bagi memupuk kefahaman betapa pentingnya pengukuhan institusi kekeluargaan, menyamai sikap pemedulian supaya tidak camah mata, meningkatkan kualiti kehidupan dalam berkeluarga serta memantapkan lagi kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Antara kegiatan yang diadakan bagi Hari Keluarga Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2014 ini ialah seperti aktiviti sukan dan riadah yang menjurus ke arah mengeratkan kekeluargaan masing-masing.

Hadir bagi sama-sama meriahkan Hari Keluarga Yayasan ini ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan; Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan; Pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan serta para guru-guru Sekolah-Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086