Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pembinaan rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Yayasan sebagai usahanya bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di negara ini selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya.

Rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan adalah dikhususkan kepada saudara-saudara baru dan mereka yang daif dan tidak berkemampuan mendirikan rumah sendiri. Rumah-rumah bantuan ini dikurniakan secara percuma kepada para penerima yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Yayasan.

Pembinaan rumah bantuan kepada saudara-saudara baru adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki taraf kehidupan disamping dapat meneruskan dan menghayati kehidupan sebagai seorang Islam dengan sempurna dan dapat melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wata'ala dalam keadaan yang selesa dan aman.

Pada hari Isnin, 28 Jamadilakhir 1435H bersamaan 28 April 2014, diadakan majlis penyerahan anak kunci rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Tunggulian bagi Dayang Nurhidayah binti Abdul Rahim, seorang balu berusia 55 tahun.

Keadaan rumah Dayang Nurhidayah binti Abdul Rahim sebelum ini adalah berkeadaan daif dan usang, serta tidak mempunyai bekalan elektrik. Bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembersih, beliau mempunyai 3 orang anak tanggungan. Keadaan sekeluarga lebih sukar apabila suami beliau meninggal dunia pada tahun 2005.

Kos bagi mendirikan pembinaan sebuah rumah bantuan tersebut menelan belanja lebih 40 ribu ringgit dan berkonsepkan 3 buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

Hadir bagi menyempurnakan majlis penyerahan anak kunci rumah ialah Yang Mulia Haji Awang Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

Turut hadir adalah pegawai Kerajaan yang berkenaan serta pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086