Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pada hari Jumaat, 25 Jamadilakhir 1435 Hijrah bersamaan 25 April 2014, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan beberapa sumbangan seperti berikut:

1. Sumbangan Tajaan kepada Persatuan Sepaktakraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU)

Sumbangan kewangan sebanyak B$5,600.00 berupa tajaan diberikan kepada Persatuan Sepaktakraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) iaitu bagi mengadakan Kejohanan Sepaktakraw Regu Kebangsaan Piala Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kali ke-4 Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-30 tahun 2014.

Kejohanan ini antara lain bertujuan bagi menyatupadukan di kalangan pemain-pemain sepaktakraw untuk melahirkan belia-belia yang mempunyai bakat dan potensi disamping dijadikan sebagai projek tahunan sempena menyambut Hari Ulang Tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Hadir bagi menerima sumbangan ini ialah Yang Mulia Awang Haji Abu Bakar bin Kasim, wakil PESTABARU.

2. Sumbangan Tajaan kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB)

Sebagai sokongan Yayasan terhadap badan-badan sukarela yang diiktiraf oleh kerajaan bagi mengendalikan program-program bersesuaian, Yayasan memberikan sumbangan tajaan sebanyak B$5,000.00 kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) bagi membiayai sebahagian perbelanjaan mengadakan Acara Larian Amal Sempena Hari Tongkat Putih Sedunia 2013.

Sumbangan ini diterima oleh Yang Mulia Awang Muhammad Jamary bin Danggat, Presiden BDNAB.

3. Sumbangan kepada Penduduk yang terlibat dalam Kejadian Kebakaran

Yayasan juga dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada majlis ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$10,000.00 kepada 3 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Tanah Jambu dan juga waris kepada 2 orang yang meninggal dunia semasa kejadian kebakaran di Kampong Mulaut.

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:
1. Awang Haji Mohd Esa bin Haji Saban
2. Dayang Esmah binti Haji Mohd Esa
3. Dayang Eidah binti Haji Mohd Esa
4. Waris kepada Allahyarham Dayang Nurhaziqah binti Bungsu
5. Waris kepada Allahyarham Dayang Nuramiera Fazierrah binti Aminurraman

 

Sumbangan-sumbangan pada petang ini disampaikan oleh Yang Mulia Haji Awang Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086