
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah, rumah roboh dan lain-lain. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.
Pada hari Jumaat, 1 Rabiulawal 1435 bersamaan 3 Januari 2014, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$10,000.00 kepada 2 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh di Kampong Burong Pingai Ayer pada minggu ini.
Senarai ketua keluarga mangsa bencana alam yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:
1. Awang Haji Tuah binti Duraman
(kejadian berlaku pada hari Ahad, 29 Disember 2013)
2. Dayang Fauziah binti Abas
(kejadian berlaku pada hari Rabu, 1 Januari 2014)

Di samping itu, Yayasan juga menyampaikan sumbangan bantuan kewangan dalam bentuk kupon berserta buku-buku tulis (exercise books) kepada
1. seorang cucu Awang Haji Tuah bin Haji Durahman
2. dan seorang anak kepada Dayang Fauziah binti Haji Abas
yang masih bersekolah iaitu sebanyak B$100.00 dalam bentuk kupon bagi setiap seorang. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga tersebut untuk perbelanjaan menyediakan keperluan persekolahan.
Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.






