Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah dan lain-lain. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

Pada hari Isnin, 27 Safar 1435 bersamaan 30 Disember 2013, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$5,700.00 kepada 6 buah keluarga terdiri daripada 19 ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Pancha Delima pada hari Khamis 26 Disember 2013 yang lalu.

Senarai ketua keluarga mangsa bencana alam yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

1. Awang Ramli bin Haji Mahali
2. Siti Masmah binti Ramli
3. Dayang Noorfaridah binti Ramli
4. Dayang Norikhsan binti Ramli
5. Dayang Susilayatie binti Ramli
6. Mohd Rusyududdin bin Ramli

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  Turut hadir ialah Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan serta pegawai dan kakitangan Yayasan.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086