Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pembinaan rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni.

Pada hari Rabu, 17 Zulhijjah 1434H bersamaan 23 Oktober 2013, diadakan majlis memulakan tiang rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Limau Manis bagi Dayang Hajah Aminah binti Haji Ahmad, berusia 60 tahun.

Keadaan rumah Dayang Hajah Aminah binti Haji Ahmad sebelum ini adalah berkeadaan daif dan usang, serta tidak mempunyai bekalan elektrik.

Kos bagi mendirikan pembinaan sebuah rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$46,500.00 yang berkonsepkan 3 buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir adalah wakil-wakil agensi Kerajaan seperti Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Pihak Berkuasa (Autoriti) Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Perkhidmatan Teknikal (DTS), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei; pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penghulu Mukim Pengkalan Batu dan Ketua Kampong Limau Manis.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086