Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pada hari Jumaat, 12 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 18 Oktober 2013 Masihi telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya 'Iduladha dan 'Ibadah Qurban Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) Tahun 1434H / 2013M bertempat di kawasan perkarangan Ibu Pejabat YSHHB.

 

Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) melalui Bahagian Keagamaan. Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan YSHHB, guru-guru sekolah-sekolah YSHHB serta ahli-ahli keluarga telah menyertai ibadah qurban / aqiqah pada tahun ini dimana sebanyak 8 ekor kerbau, 10 ekor kambing dan 1 sapi telah disembelih bersempena ibadah qurban ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan takbir hari raya yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Shamsul Muawan bin Haji Shodiq, Ketua Bahagian Keagamaan Badan Kebajikan Pekerja YSHHB.

Sejurus kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian daging-daging qurban kepada para peserta yang mengikuti 'Ibadah Qurban yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian daging-daging qurban kepada golongan fakir miskin yang disampaikan kepada wakil-wakil seperti berikut:-

1. Yang Mulia Awang Shahminan bin Haji Matzin,
Ketua Kampong Bolkiah 'A';

2. Yang Mulia Awang Shamsudin bin Haji Maidin,
Ketua Kampong Bolkiah 'B';

3. Yang Mulia Awang Haji Ramlee bin
Ketua Kampong Sungai Akar;

4. Yang Mulia Awang Hairol Mazlan bin Abdul Razak,
Pemangku Imam Masjid Kampong Benutan;

5. Yang Mulia Awang Roslan bin Duraman,
Wakil Imam Masjid Kampong Bukit;

6. Yang Mulia Awang Muhd Izzul Islam bin Abdullah,
Imam Pusat Kegiatan Ugama Kampong Bebuloh.

Majlis hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan Tabung Derma Khairat Pekerja (TADEKHA) YSHHB kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) iaitu sebanyak B$500.00. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Rithauddin bin Haji Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja YSHHB kepada Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan YSHHB selaku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Majlis pada petang tersebut ditutup dengan bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Shamsul Muawan bin Haji Shodiq.

Hadir di majlis penyampaian ini ialah Pengarah Urusan YSHHB, Penolong-Penolong Pengarah Urusan YSHHB, para jemputan khas, pegawai dan kakitangan serta guru-guru dan kakitangan Sekolah YSHHB.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086