Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

Pembinaan rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni.

Pada hari ini, Selasa 2 Zulhijjah 1434H bersamaan 8 Oktober 2013, diadakan majlis penyerahan anak kunci rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Mulaut bagi dua (2) orang penerima rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan iaitu Dayang Salmah binti Haji Ahmad dan Dayang Tiamah binti Haji Ja'afar.

Dayang Salmah binti Haji Ahmad berusia 48 tahun adalah seorang balu dan mempunyai tanggungan 2 orang anak berumur 14 dan 18 tahun yang masih bersekolah. Beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan melainkan elaun bantuan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Sebelum ini, beliau dan keluarga tinggal menumpang di rumah abang beliau yang mempunyai penghuni yang ramai.

Dayang Tiamah binti Haji Ja'afar berusia 49 tahun adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan seramai 5 orang anak berumur antara 13 hingga 24 tahun. Beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya menerima elaun bantuan daripada Baitul Mal. Rumah beliau sebelum ini berkeadaan daif dan usang, serta tidak selamat untuk didiami dan merupakan rumah peninggalan arwah bapa beliau yang telah dibina lebih 30 tahun yang lalu.

Kos bagi mendirikan pembinaan sebuah rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$46,500.00 (Ringgit Brunei : Empat Puluh Enam Ribu dan Lima Ratus Sahaja) yang berkonsepkan tiga (3) buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

Hadir bagi menyempurnakan majlis penyerahan anak kunci rumah ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir adalah wakil-wakil agensi Kerajaan seperti Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Pihak Berkuasa (Autoriti) Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Perkhidmatan Teknikal (DTS), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei; dan pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086