Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pada hari ini, Sabtu, 8 Zulkaedah 1434 Hijrah bersamaan 14 September 2013 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian tahun 2013/2014 bertempat di Tingkat 4, Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan.

Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan adalah kesinambungan daripada Majlis Penganugerahan Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan yang juga telah berlangung hari ini bertempat di Istana Nurul Iman.

Seramai empat (4) orang penuntut telah berjaya menerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Haji Hassanal Bolkiah 1434H / 2013M iaitu bagi sesi pengajian 2013/2014 ini. Mereka ini ialah: -

• Dayang Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd Nor sebelum ini adalah penerima Biasiswa Skim Khas Pentadbiran Brunei (BAS) dan telah meneruskan pengajian peringkat 'A' Level di The Cheltenham Ladies' College, United Kingdom. Melalui biasiswa "Sultan's Scholar" ini, beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Architecture' di University of Cambridge, United Kingdom.

• Dayang Hajah Andi Diinah Kiasatina@Andi Haafizah binti Haji Alliasim sebelum ini adalah penerima Biasiswa Skim Khas Dana Sumber Manusia dan telah melanjutkan pengajian peringkat 'A' Level di Malvern St Jame's Girls' School, United Kingdom. Melalui biasiswa "Sultan's Scholar" ini, beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Biomedical Science' di University College London, United Kingdom.

• Awang Khong Yu Neng adalah lepasan penuntut Pusat Tingkatan Enam Tutong dan melalui biasiswa "Sultan's Scholar", beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Chemistry' di University of Oxford, United Kingdom.

• Awangku Muhammad Muzhaffar bin Pengiran Haji Rusjdi adalah lepasan penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan melalui biasiswa "Sultan's Scholar", beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Bakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid. Ini diikuti dengan acara menandatangani perjanjian biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi keempat-empat penerima anugerah biasiswa tersebut. Para penerima anugerah biasiswa akan menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan dua orang penjamin yang terdiri dari ibu bapa mereka atau ahli keluarga terdekat. Manakala bagi pihak Yayasan pula, penandatanganan dilakukan oleh Pengarah Urusan Yayasan bersama dengan Pemangku Penolong Pengarah Urusan Yayasan dengan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis.

Salah satu pencapaian penuntut-penuntut biasiswa "Sultan's Scholar" pada tahun ini ialah dua orang penerima biasiswa "Sultan's Scholar" pada tahun 2009 telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dengan cemerlang dan seterusnya akan meninggikan tahap pengajian ke peringkat Doktor Falsafah. Majlis pada petang ini diteruskan dengan Majlis Menandatangani Perjanjian antara pihak Yayasan dengan dua orang penuntut tersebut bersama penjamin. Dua orang penuntut tersebut ialah:
• Yang Mulia Awang Muhammad Ayyub bin Haji Kamaluddin yang telah mengambil jurusan 'Mechanical Engineering' di Imperial College London, United Kingdom akan meneruskan pengajian peringkat Doktor Falsafah 'Environmental Stress Cracking of Polymers';

• Yang Mulia Dayang Nur Amirah Izzati binti Mohd Noor yang telah mengambil jurusan 'Chemical Engineering' di Imperial College London, United Kingdom akan meneruskan pengajian peringkat Doktor Falsafah 'Industrial Smart Grid'.

Pada tahun ini juga, Yayasan turut menyampaikan insentif kepada penuntut-penuntut biasiswa "Sultan's Scholar" yang cemerlang dalam pengajian di peringkat ijazah pertama dengan mendapat Kepujian Kelas Pertama iaitu:
• Yang Mulia Dayang Nur Amirah Izzati binti Mohd Noor yang telah mengambil jurusan 'Chemical Engineering' di Imperial College London, United Kingdom;

• Yang Mulia Awangku Muhammad Zaki bin Pengiran Dato Paduka Haji Zaini yang telah mengambil jurusan 'Civil Engineering' di Imperial College London, United Kingdom.

Majlis penyampian tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis pada petang ini diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan khusus bagi penerima-penerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang akan bertolak dari Negara Brunei Darussalam pada akhir bulan September ini. Bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Bakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Turut hadir di majlis ini ialah sebahagian Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu (Steering Committee) Bagi Perlaksanaan Biasiswa "Sultan's Scholar", para ibu bapa dan ahli keluarga penerima anugerah, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Adalah menjadi harapan dengan adanya biasiswa seumpama ini akan dapat melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan berbudi bahasa bagi kepentingan jangka masa panjang Ugama, Raja dan Negara.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086