
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah dan lain-lain. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.
Pada hari ini, 24 Ramadan 1434 bersamaan 2 Ogos 2013, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$18,900.00 (Ringgit Brunei: Lapan Belas Ribu Sembilan Ratus Sahaja) kepada tujuh (7) buah keluarga yang terlibat dalam beberapa kejadian bencana alam baru-baru ini di beberapa buah kampung.
Senarai ketua keluarga mangsa bencana alam yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:
Musibah Kebakaran Rumah
1. Haji Awang Umar bin Abdul Hamid, Kg. Perpindahan Lambak Kanan
2. Awang Sabai Anak Sagoh, Kg. Tanajor, Labi
Musibah Angin Kencang
3. Dk Sabariah binti Pg Haji Sarifuddin, Kg. Bakut Pg Siraja Muda
4. Awang Abdul Kipli@Zulkipli bin Butir, Kg Anggerek Desa
5. Awang Mohamad bin Abu Bakar, Kg Saba Laut
Musibah Rumah Roboh
6. Awang Haji Hassan bin Haji Abdul Salam, Kg Burong Pingai Ayer
7. Awang Halimah binti Haji Mohammad Yusof, Kg Burong Pingai Ayer
Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.











