
Bersempena dengan bulan Ramadan yang mubarak ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan di bulan Ramadan.
Berangkat di majlis ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan. Bacaan tahlil diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Ahli Jemaah Tadbir Yayasan.

Juga hadir dimajlis ini ialah
• Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Timbalan Pengerusi 1 Jemaah Tadbir Yayasan;
• Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, Timbalan Pengerusi 2 Jemaah Tadbir Yayasan;
• Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah;
• Ahli-Ahli Jemaah Tadbir dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan; guru-guru Sekolah Yayasan serta penduduk-penduduk Rancangan Perumahan Kampong Bolkiah 'A' dan Kampong Bolkiah 'B'.







