Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

Pada hari Selasa, 30 Syaaban 1434 bersamaan 9 Julai 2013, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$30,600.00 kepada 16 buah keluarga yang terdiri daripada 102 orang ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Sumbiling Baru pada 4 Julai 2013 yang lalu.

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

1. Awang Mohd Sabar bin Abdullah
2. Dayang Rumbunai Anak Angkat
3. Awang Osman Anak Linggi
4. Awang Sariraya Anak Sambang
5. Awang Igat Anak Tarang
6. Awang Tuah Anak Unggang
7. Awang Labu Anak Chong
8. Awang Insol Anak Sujai
9. Awang Lidum Anak Liang
10. Awang Mohd Seruji bin Abdul Rahim
11. Awang Ambun Anak Tarang
12. Awang Mohd Suhaimi Saimizie bin Abdullah
13. Awang Thomas Anak Janting
14. Awang Ipin Anak Kana
15. Awang Jamil Anak Amang
16. Awang Abu Anak Ambal

Yayasan juga turut menyumbangkan B$80,000.00 kepada Jabatan Daerah Temburong bagi penyelarasan pembinaan semula rumah panjang bagi mangsa-mangsa kebakaran tersebut, yang turut diselaraskan bersama oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat. Menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Pemangku Pegawai Daerah Temburong.

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086