Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1434 Hijrah / 2013 Masihi diadakan pada hari Rabu, 10 Sya'aban 1434H bersamaan 19 Jun 2013M, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1434H / 2013M ini disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Di majlis ini, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik menyerahkan buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung diseluruh negara. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik juga menyempurnakan pengagihan buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Pemerintah-Pemerintah dan Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta kepada Pengarah-Pengarah Formasi Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dengan pelancaran pengagihan kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada hari ini, maka dirasmikan pembahagian buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1434 Hijrah / 2013 Masihi kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam di Negara Brunei Darussalam. Ini bermakna setiap umat Islam yang menetap di negara ini tanpa mengira had umur dan tahap kerakyatan akan menerima kurnia buah kurma mereka di mana setiap seorang akan menerima satu kotak kecil kurma yang mengandungi 300 gram.

Setelah Majlis Pelancaran ini, semua Penghulu-Penghulu Mukim (yang memangku jawatan Ketua-Ketua Kampung) dan ketua-ketua kampung seterusnya akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi ini kepada anak-anak buah kampung di bawah jagaan mereka. Begitu juga kepada Pemerintah-Pemerintah dan Komandan-Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta Pengarah-Pengarah Formasi dan Pegawai-Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Diraja Brunei seterusnya akan mengagih-agihkan buah kurma peribadi ini kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah jabatan dan unit formasi masing-masing.

Pengurniaan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah merupakan kurnia peribadi Baginda kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang menunjukkan tanda kasih dan pemedulian Baginda di samping dihasratkan juga sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan di mana seperti yang diketahui pengurniaan seperti ini adalah merupakan suatu perkara yang unik dan hanya boleh kita dapati di Negara Brunei Darussalam.

Adalah diharapkan semua Ketua-Ketua Kampung di seluruh negara dan mereka yang berkenaan yang telah dipertanggungjawabkan bagi mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ini dapat menggunakan kebijaksanaan mereka masing-masing supaya buah kurma kurnia peribadi ini akan diterima dengan baik dan sempurna dan seterusnya dinikmati oleh setiap orang yang berugama Islam di negara ini, iaitu bagi menjunjung hasrat dan niat suci Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengurniakan buah kurma ini sebagai juadah berbuka puasa semasa bulan Ramadan. Adalah wajar bagi seluruh rakyat dan penduduk di negara ini khususnya mereka yang berugama Islam untuk menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kurnia Baginda ini.

Pada tahun ini, sejumlah 151.5 ton metrik buah kurma jenis 'Safawy' yang dibekalkan oleh Al Madinah Dates Company, Arab Saudi akan dibahagikan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam di seluruh Negara.

Aturcara Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. Ini diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

Acara diteruskan dengan sabda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.

Aturcara majlis diikuti pengagihan buah kurma kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Penghulu-Penghulu Mukim (yang memangku jawatan Ketua-Ketua Kampung), ketua-ketua kampung, Pemerintah-Pemerintah dan Komandan-Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta Pengarah-Pengarah Formasi dan Pegawai-Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

Hadir dimajlis ini ialah Ahli-ahli Jemaah Tadbir dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Setiausaha Tetap Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Pegawai-Pegawai Daerah, Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung serta Ketua-Ketua rumah panjang di seluruh negara, pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang terlibat dalam pengendalian pengagihan buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan wakil-wakil dari Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung di seluruh Negara.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086