Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.
Pada pagi Selasa, 2 Syaaban 1434 bersamaan 11 Jun 2013, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$79,300.00 kepada 11 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran dan 3 buah keluarga yang mengalami kerosakan akibat kejadian kebakaran tersebut di Kampong Saba Darat 'A', Daerah Brunei dan Muara pada 6 Jun 2013 yang lalu.
Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:
1. Dayang Noryati binti Bujang
2. Awang Tamin bin Jaafar
3. Dayang Hajah Sharifah Ainon binti Haji Besar
4. Awang Khairul Anuar bin Haji Wasli
5. Awang Haji Halus bin Haji Kasim
6. Dayang Hajah Zaleha binti Haji Bakar
7. Awang Muhammad Abdul Hafiz bin Abdullah
8. Dayang Halimah@Ujah binti Jamudin
9. Awang Haji Osman bin Matali
10. Dayang Mariah binti Haji Bakar
11. Dayang Hajah Mariam binti Muhammad
12. Dayang Rosnah binti Haji Muhammad – kerosakan rumah
13. Dayang Munah binti Mat Noor – kerosakan rumah
14. Dayang Hajah Timbang binti Mat Noor – kerosakan rumah
Selain daripada sumbangan di atas, Yayasan juga menghulurkan sumbangan kewangan bagi keperluan asasi kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut keseluruhannya berjumlah B$2,200.00 dan juga sumbangan kewangan bagi alat bantuan persekolahan keseluruhannya berjumlah B$2,450.00 kepada seramai 21 orang pelajar yang menuntut di sekolah rendah dan menengah.
Keseluruhan jumlah sumbangan pada majlis ini adalah sebanyak B$83,950.00.
Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah I Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Juga hadir adalah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan; Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan; pegawai dan kakitangan Yayasan.






