Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan menjirus air asah-asahan selepas majlis bertahlil

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan menjirus air asah-asahan selepas majlis bertahlil

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mubarak ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengadakan majlis bertahlil pada hari Rabu, 12 Ramadan 1433H bersamaan 1 Ogos 2012 bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan di bulan Ramadan.

Bacaan tahlil diketuai oleh Yang Mulia Mudim Awang Haji Ahmad Kasra bin Haji Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Masjid. Hadir dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Ahli-Ahli Jemaah Tadbir dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan; guru-guru Sekolah Yayasan serta penduduk-penduduk Rancangan Perumahan Kampong Bolkiah 'A' dan Kampong Bolkiah 'B'.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086