Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Penerima-penerima Anugerah Biasiswa Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan

Penerima-penerima Anugerah Biasiswa Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan

Pada hari Rabu, 24 Syawal 1433 Hijrah bersamaan 12 September 2012 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian tahun 2012/2013 bertempat di Tingkat 4, Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan.

Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan adalah kesinambungan daripada Majlis Penganugerahan Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan yang juga telah berlangung hari ini bertempat di Istana Nurul Iman.

Seramai 5 orang penuntut telah berjaya menerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Haji Hassanal Bolkiah 1433H / 2012M iaitu bagi sesi pengajian 2012/2013 ini. Mereka ini ialah:

Awangku Muhammad Wafiuddin bin Pengiran Haji Zulkarnain, lepasan penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah akan meneruskan pengajian dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Awang Muhd Hazman bin Haji Abu Hassan adalah lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan penerima Biasiswa Skim Khas Dana Sumber Manusia bagi melanjutkan pengajian beliau di peringkat 'A' level di Shrewbury School, United Kingdom. Awang Muhd Hazman akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Biomedical Science' di University College London, United Kingdom.

Dayang Nurul Hani binti Haji Mohd Tahir adalah lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Aeronautical Engineering' di Imperial College London, United Kingdom.

Dayang Liyana Bazilah binti Haji Jamain adalah lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan penerima Biasiswa Skim Khas Dana Sumber Manusia bagi melanjutkan pengajian beliau di peringkat 'A' level di Badminton Girl School, Bristol, United Kingdom. Dayang Liyana Bazilah akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Mathematics & Economics' di University College London, United Kingdom.

Dayang Durrah Nafeesah binti Haji Idris adalah lepasan penuntut Jerudong International School dan penerima Biasiswa Skim Khas Dana Sumber Manusia bagi melanjutkan pengajian beliau di peringkat 'A' level di Cheltenham Ladies School, United Kingdom. Dayang Durrah Nafeesah akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Geology' di Imperial College London, United Kingdom.

Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Safrillah bin Haji Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Masjid. Ini diikuti dengan acara menandatangani perjanjian biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi kelima-lima penerima anugerah biasiswa tersebut.

Para penerima anugerah biasiswa akan menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan dua orang penjamin yang terdiri dari ibu bapa mereka atau ahli keluarga terdekat. Manakala bagi pihak Yayasan pula, penandatanganan dilakukan oleh Pengarah Urusan Yayasan bersama dengan Penolong Pengarah Urusan Yayasan dengan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis pada petang ini diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan khusus bagi penerima-penerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang akan bertolak dari Negara Brunei Darussalam pada akhir bulan September ini. Bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Yang Mulia Awang Haji Safrillah bin Haji Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Turut hadir di majlis ini ialah sebahagian Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu (Steeriang Committee) Bagi Perlaksanaan Biasiswa "Sultan's Scholar", para ibu bapa dan ahli keluarga penerima anugerah, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Adalah menjadi harapan dengan adanya biasiswa seumpama ini akan dapat melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan berbudi bahasa bagi kepentingan jangka masa panjang Ugama, Raja dan Negara.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086