Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengerusi Lembaga Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Presiden Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (kanan)

Pengerusi Lembaga Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Presiden Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (kanan)

Pada petang Sabtu, 11 Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 27 Oktober 2012 Masihi telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya 'Iduladha dan 'Ibadah Qurban Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Tahun 1433H / 2012M bertempat di kawasan perkarangan Ibu Pejabat Yayasan.

Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) melalui Bahagian Keagamaan. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan Yayasan dan ahli-ahli keluarga telah menyertai ibadah qurban / aqiqah pada tahun ini dimana sebanyak 7 ekor kerbau dan 7 ekor kambing telah disembelih bersempena ibadah qurban ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan takbir hari raya dipimpin oleh Yang Mulia Imam Airwan bin Haji Malik, Imam Masjid Yayasan.

Sempena Majlis Sambutan Hari Raya 'Iduladha juga diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kewangan YSHHB kepada

Universiti Brunei Darussalam menerima sumbangan kewangan berjumlah $4,500.00. Sumbangan kewangan ini adalah bagi menaja pembiayaan yuran pendaftaran bagi seramai 30 orang pelajar belia bagi mengikuti Sultan Omar 'Ali Saifuddien Centre For Islamic Studies 2nd International Conference 'Transmitting Spiritual And Moral Values Across Generations In 21st Century – The Challenge To Muslim Education' yang akan diadakan pada 05 sehingga 07 November 2012 di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam. Menerima bagi pihak SOASCIS 2nd International Conference ialah Yang Mulia Pg Dr Norhazlin binti Pg Muhammad, Pemangku Pengarah Pusat Pengajian Islam SOAS (SOASCIS), Universiti Brunei Darussalam.

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) menerima sumbangan kewangan berjumlah B$4,920.00. Sumbangan kewangan ini adalah bagi pembiayaan yuran dan pembayaran pakaian seragam bagi Ahli-Ahli Persatuan BDNAB yang akan mengikuti Kejohanan 2nd APC Tenpin Bowling Championships 2012 yang akan diadakan pada 11 November 2012 hingga 18 November 2012 di Taipei, China. Menerima bagi pihak Persatuan BDNAB ialah Yang Mulia Awang Muhammad Jamary bin Danggat, Presiden Persatuan BDNAB.

Jawatankuasa Ta'mir Masjid Kampong Bukit Daerah Tutong menerima sumbangan kewangan berjumlah B$790.00. Sumbangan kewangan ini adalah bagi mengendalikan Peraduan Takbir Raya Sempena Hari Raya Aidil Adha Tahun 1433H/2012M. Menerima bagi pihak Jawatankuasa Ta'mir Masjid Kampong Bukit Daerah Tutong ialah Yang Mulia Awang Roslan bin Duraman, Wakil Imam Masjid Kampong Bukit.

Sumbangan-sumbangan tersebut disempurnakan juga oleh Tetamu Kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

Pengarah Urusan Yayasan selaku Ketua Pegawai Eksekutif DANA (kanan) menerima sumbangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan (kiri)

Pengarah Urusan Yayasan selaku Ketua Pegawai Eksekutif DANA (kanan) menerima sumbangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan (kiri)

Sejurus kemudian majlis diteruskan pula dengan penyampaian daging-daging qurban kepada golongan fakir miskin yang disampaikan kepada wakil-wakil seperti berikut:

Yang Mulia Awang Shahminan bin Haji Matzin,
Ketua Kampong Bolkiah 'A';

Yang Mulia Awang Shamsudin bin Haji Maidin,
Ketua Kampong Bolkiah 'B';

Yang Mulia Awang Hairol Mazlan bin Abdul Razak,
Pemangku Imam Masjid Kampong Benutan;

Yang Mulia Awang Roslan bin Duraman,
Wakil Imam Masjid Kampong Bukit;

Yang Mulia Awang Muhd Izzul Islam bin Abdullah,
Imam Pusat Kegiatan Ugama Kampong Bebuloh.

dan penyampaian daging-daging qurban kepada para peserta yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

Majlis hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan Tabung Derma Khairat Pekerja (TADEKHA) YSHHB kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) iaitu sebanyak B$500.00. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Rithauddin bin Haji Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan kepada Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan selaku Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Majlis pada petang tersebut ditutup dengan bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Imam Airwan bin Haji Malik, Imam Masjid YSHHB.

Hadir di majlis penyampaian ini ialah Pengarah Urusan Yayasan, Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, para jemputan khas, pegawai dan kakitangan serta guru-guru dan kakitangan Sekolah Yayasan.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086