Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengarah Urusan (tengah) menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah

Pengarah Urusan (tengah) menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah

Pembinaan rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah dikhususkan kepada saudara-saudara baru dan mereka yang daif dan tidak berkemampuan mendirikan rumah sendiri. Ia bertujuan untuk memberi tempat kediaman yang sempurna supaya mereka dapat meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni.

Pada hari Khamis 15 Muharram 1434H bersamaan 29 November 2012, diadakan majlis memulakan tiang rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Awang Ramlee bin A. Tengah berusia 66 tahun bertempat di Lot. No. LTS/173/2003, Jalan Junjungan, Kampong Lumapas 'B'.

Sebelum ini beliau sekeluarga mendiami sebuah pondok yang dibina oleh beliau sendiri ditapak tanah LTS beliau. Pondok tersebut hanya mempunyai bekalan air bersih sementara bekalan api elektrik menggunakan 'generator'.

Kemudian beliau menyewa rumah di Kampong Lumapas dimana bayaran bulanan adalah menggunakan wang daripada pencen perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei setelah berkhidmat selama 15 tahun; Pencen Umur Tua sebanyak B$250.00 sebulan dan wang lebihan zakat yang diterima beliau daripada Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei bermula bulan Oktober 2009 dan akan berakhir pada bulan Oktober 2014.

Kos bagi mendirikan pembinaan sebuah rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$42,500.00 yang berkonsepkan 3 buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, wakil-wakil agensi Kerajaan seperti Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kawalan Bangunan dan Industri (ABCi), Jabatan Perkhidmatan Teknikal (DTS), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Eletrik dan Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penghulu, Ketua Kampong dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086