Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengarah Urusan (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan (kiri)

Pengarah Urusan (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan (kiri)

Pada hari Isnin 19 Muharram 1434H bersamaan 3 Disember 2012, diadakan majlis penyerahan anak kunci rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Bukit Udal, Daerah Tutong bagi tiga (3) orang penerima rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan, iaitu:

Dayang Jamila binti Murai berusia 47 tahun adalah seorang balu dengan mempunyai tanggungan seramai 6 orang anak berumur antara 6 hingga 17 tahun. Beliau menerima bantuan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) sebanyak B$300.00 untuk seramai 5 orang anak yang masih bersekolah dan sebanyak B$702.60 daripada pencen turunan mendiang suami beliau. Beliau sebelum ini hanya menumpang di rumah adik beliau sendiri sejak suami meninggal dunia pada tahun 2007.

Awang Muhammad Abbas bin Abdullah Dundang berusia 47 tahun adalah seorang saudara baru dan berbangsa Iban mempunyai 2 orang anak lelaki bersama isteri beliau. Beliau bekerja sebagai penjaga keselamatan di salah sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan di negara ini.

Seorang lagi penerima rumah bantuan iaitu Dayang Nur Amalina Fatin Syahirah binti Abdullah Anji berusia 40 tahun adalah juga seorang saudara baru berbangsa Dusun dan merupakan seorang balu serta mempunyai 3 orang anak perempuan. Beliau tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya berjaja di tamu Kampong Serambangun dengan memperolehi B$5.00 ke $10.00 dari hasil jualan.

Kos bagi mendirikan pembinaan sebuah rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$43,500.00 yang berkonsepkan 3 buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

Hadir bagi menyampaikan anak kunci rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penghulu, Ketua Kampong dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086