Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengarah Urusan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Ketua Beliawanis Masjid Kampong Beribi (kanan)

Pengarah Urusan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Ketua Beliawanis Masjid Kampong Beribi (kanan)

Pada petang Khamis, 22 Muharram 1434 bersamaan 6 Disember 2012, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan seperti berikut:

1. Sumbangan Kewangan kepada Kumpulan Belia Masjid Kampong Beribi

Sumbangan berjumlah sebanyak B$2,400.00 adalah bagi menaja sebahagian daripada perbelanjaan bagi mengadakan Kem Motivasi Belia Syumul pada 7 hingga 9 Disember 2012 sempena cuti persekolahan penggal keempat yang dianjurkan oleh Kumpulan Belia Masjid Kampong Beribi.

Seramai 50 orang peserta akan menyertai program ini yang terdiri daripada belia Mukim Gadong yang berumur 18 tahun ke atas bagi lelaki dan perempuan. Antara program-program yang dilaksanakan nanti termasuk iktikaf dalam masjid, solat berjemaah, kuliah subuh serta bengkel motivasi. Para peserta juga akan melakukan aktiviti riadah dan team-building. Program ini diharapkan akan memberikan pengetahuan, pendedahan dan pengalaman yang bermakna agar belia mencintai masjid dan menjadikan masjid sebagai tempat beribadah dan juga sebagai wadah dalam membuat aktiviti-aktiviti sosial yang berkebajikan.

Menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Noorhazeerah binti Haji Ariffin, Timbalan Ketua Beliawanis Masjid Kampong Beribi.

2. Sumbangan Bantuan Peralatan Persekolahan

Selaras dengan dasar dan tujuan Yayasan bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan, serta sebagai sumbangan Yayasan terhadap pembangunan bangsa, hari ini Yayasan menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan kepada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Sumbangan dalam bentuk kupon bagi pembelian buku-buku dan peralatan sekolah dan buku-buku tulis (exercise books) adalah merupakan sokongan dan penglibatan Yayasan dalam memeduli hal-ehwal pendidikan para pelajar yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini adalah dihasratkan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka khususnya pada setiap menjelang penggal awal persekolahan.

Majlis pada hari ini adalah bagi menyampaikan sumbangan bantuan pembelian peralatan persekolahan dalam bentuk kupon yang bernilai B$60.00 berserta buku-buku tulis (cetakan Yayasan) sebanyak 20 buah bagi setiap pelajar. Seramai 286 pelajar yang terdiri daripada 138 murid sekolah rendah dan 148 penuntut sekolah menengah menerima sumbangan tersebut pada hari ini.

Jumlah sumbangan bantuan persekolahan pada tahun ini keseluruhannya berjumlah B$22,698.50. Hadir bagi menerima sumbangan bantuan ini ialah ibu-bapa para pelajar berkenaan.

Adalah diharapkan sumbangan seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid berkenaan dan memberi dorongan kepada mereka untuk meneruskan serta mempertingkatkan pencapaian pelajaran masing-masing. Projek seumpama ini juga diharapkan supaya akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bagi sama-sama memeduli kebajikan mereka yang kurang bernasib baik dan sangat-sangat memerlukan.

Kesemua sumbangan Yayasan pada petang ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir di majlis ini ialah Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086