Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan Tabung Kemanusiaan Penduduk Gaza dan Tabung Kemanusiaan Mangsa Bopha Filipina kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (kiri)

"Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan Tabung Kemanusiaan Penduduk Gaza dan Tabung Kemanusiaan Mangsa Bopha Filipina kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (kiri)"

Pada hari Khamis, 23 Jamadilawal 1434 Hijrah bersamaan 4 April 2013, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan beberapa sumbangan seperti berikut:

1. Tabung Kemanusiaan Penduduk Gaza dan Tabung Kemanusiaan Mangsa Bopha Filipina

Sebagai sokongan Yayasan terhadap penubuhan Tabung Kemanusiaan Penduduk Gaza dan Tabung Kemanusiaan Mangsa Bopha Filipina yang dibukakan sejak 10 Disember 2012, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah B$100,000.00 kepada Tabung Kemanusiaan Penduduk Gaza dan sebanyak B$50,000.00 disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Mangsa Bopha Filipina.

Kedua-dua sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan dan diterima oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

2. Sumbangan Tajaan kepada Universiti Brunei Darussalam

Yayasan seterusnya memberikan sumbangan tajaan sebanyak B$2,000.00 kepada Universiti Brunei Darussalam bagi menaja pembiayaan yuran pendaftaran seramai 100 orang pelajar belia (mahasiswa) yang tidak berkemampuan untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Penyelidikan Mengenai Melayu 2013.

Sumbangan ini diterima oleh Dayangku Halmyana binti Pengiran Md Yusof, Penolong Pendaftar Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

3. Sumbangan kepada Masjid Kampong Bukit

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang keugamaan adalah menghulurkan bantuan kepada masjid, surau dan balai ibadat samada berupa kewangan, material dan sebagainya. Bagi tujuan ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak B$1,397.00 bagi pembelian set kelengkapan pembesar suara bagi Masjid Kampong Bukit, Daerah Tutong.

Hadir menerima sumbangan ini ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Azley bin Haji Muhd Aliuddin, Ketua Imam Masjid Kampong Bukit.

4. Sumbangan kepada Penduduk yang terlibat dalam Kejadian Kebakaran

Yayasan juga dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada majlis ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$21,900.00 kepada 7 buah keluarga yang terlibat dalam beberapa kejadian kebakaran di Daerah Tutong dan Belait.

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

Kampong Bukit Panggal
Wakil Allahyarham Awang Haji Tasim bin Haji Abdul Rahman
Awang Muhd Shafiee bin Uthman

Kampong Bukit Sibut
Awang Md Tamin bin Salam

Kampong Bukit Sulang
Dayang Ainah binti Sahat

Jalan Tengah, Kuala Belait
Awang Wong Shak Yun

Sungai Mau
Awang Samsuddin bin Sulaiman

Jalan Kerma Negara
Dayang Rabiah binti Mat Som

Sumbangan-sumbangan pada majlis ini disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086