Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengarah Urusan Yayasan (kanan) menyerahkan anak kunci rumah kepada Awang Ramli bin Tengah (kiri)

"Pengarah Urusan Yayasan (kanan) menyerahkan anak kunci rumah kepada Awang Ramli bin Tengah (kiri)" title="Pengarah Urusan Yayasan (kanan) menyerahkan anak kunci rumah kepada Awang Ramli bin Tengah (kiri)"

Pembinaan rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni.

Pada hari Selasa, 4 Rejab 1434H bersamaan 14 Mei 2013, diadakan majlis penyerahan anak kunci rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Lumapas, Daerah Brunei dan Muara bagi Awang Ramli bin Awang Tengah. berusia 67 tahun.

Awang Ramli, seorang warga emas yang berumur 67 tahun, sebelum ini mendiami sebuah pondok yang dibina oleh beliau sendiri bersama keluarganya ditapak tanah LTS beliau . Pondok tersebut hanya mempunyai bekalan air bersih sementara bekalan api elektrik menggunakan 'generator'. Kemudian beliau menyewa rumah di Kampong Lumapas.

Kos bagi mendirikan pembinaan rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$46,500.00 yang berkonsepkan 3 buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

Hadir bagi menyampaikan anak kunci rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penghulu, Ketua Kampong dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086