Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengarah Urusan Yayasan memulakan tiang rumah bagi Dayang Taimah binti Haji Ja'afar

"Pengarah Urusan Yayasan memulakan tiang rumah bagi Dayang Taimah binti Haji Ja'afar"

Pembinaan rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni.

Pada hari Rabu, 20 Jamadilakhir 1434H bersamaan 1 Mei 2013, diadakan majlis memulakan tiang rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Mulaut bagi 2 orang penerima rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan iaitu Dayang Tiamah binti Haji Ja'afar dan Dayang Salmah binti Haji Ahmad.

Dayang Taimah binti Haji Ja'afar berusia 49 tahun adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan seramai 5 orang anak berumur antara 13 hingga 24 tahun. Beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya menerima elaun bantuan daripada Baitul Mal. Rumah beliau yang ada sekarang berkeadaan daif dan usang, serta tidak selamat untuk didiami dan merupakan rumah peninggalan arwah bapa beliau yang telah dibina lebih 30 tahun yang lalu.

Dayang Salmah binti Haji Ahmad berusia 48 tahun adalah seorang balu dan mempunyai tanggungan 2 orang anak berumur 14 dan 18 tahun yang masih bersekolah. Beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan melainkan elaun bantuan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). Pada masa ini, beliau dan keluarga tinggal menumpang di rumah abang beliau yang mempunyai penghuni yang ramai.

Kos bagi mendirikan pembinaan sebuah rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$46,500.00 yang berkonsepkan 3 buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir adalah wakil-wakil agensi Kerajaan seperti Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Pihak Berkuasa (Autoriti) Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Perkhidmatan Teknikal (DTS), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei; pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penghulu Mukim Sengkurong dan Ketua Kampong Mulaut.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086