Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis ini beserta ahli-ahli Kerabat Diraja Baginda

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis ini beserta ahli-ahli Kerabat Diraja Baginda.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah sekali lagi menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Selasa, 9 Syawal 1433H bersamaan 28 Ogos 2012M bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis ini beserta ahli-ahli Kerabat Diraja Baginda.

Majlis seumpama ini adalah merupakan kali ke-sembilan dianjurkan oleh Yayasan dimana ianya mula diadakan pada tahun 2003. Majlis Sambutan Hari Raya Anjuran Yayasan ini mengetengahkan unsur-unsur kemasyarakatan dimana para peserta di majlis ini adalah terdiri daripada kelompok-kelompok yang telah dikenalpasti yang berkepentingan dalam menjana kesejahteraan bersama.

Sepanjang lapan tahun majlis ini diadakan, Yayasan telah mengetengahkan para karyawan atau profesional muda sebagai peserta dalam tahun 2003, para 'achievers' dalam bidang dan lapangan tertentu bagi majlis dalam tahun 2004, dan ahli-ahli badan bukan Kerajaan (NGO's) bagi tahun 2005. Manakala dalam tahun 2006 pula para peserta terdiri dari pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Bagi tahun 2007, kelompok yang diketengahkan ialah para ilmuan iaitu para pegawai-pegawai utama dan tenaga-tenaga akademik institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat latihan kemahiran. Peserta yang menghadiri majlis bagi tahun 2008 ialah merupakan rakan-rakan strategik dan sukarelawan Yayasan. Pada tahun 2010 pula, Yayasan telah mengetengahkan pegawai dan kakitangan dari agensi-agensi penguatkuasa awam sebagai peserta. Peserta bagi tahun 2011 adalah terdiri daripada para pengusaha dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat kerjasama yang berdaftar dengan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama; LiveWire dan i-Centre.

Untuk Majlis tahun ini, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yayasan mengetengahkan para profesional, pegawai dan kakitangan tempatan yang berkhidmat di 'Government Linked Companies' (GLC) dan sektor swasta sebagai peserta iaitu seramai lebih kurang 1,200 orang.

Pemilihan peserta ini adalah untuk menghargai peranan dan sumbangan GLC dan sektor swasta dalam menyumbang kearah meningkatkan dan memajukan pembangunan sosio-ekonomi negara dan juga sumbangan mereka dalam pembangunan kapasiti sumber tenaga manusia iaitu dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan penduduk di negara ini. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menghargai dan menonjolkan kejayaan dan keupayaan tenaga kerja profesional yang berpengetahuan dan berpengalaman dari kalangan warga tempatan yang berkhidmat di sektor swasta dan GLC yang seterusnya diharap dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada generasi akan datang untuk meraih kejayaan.

Disamping itu, tujuan memilih para profesional dan pegawai tempatan yang berkhidmat di sektor swasta dan GLC ini juga adalah untuk memberikan peluang berharga kepada mereka untuk mengetahui akan visi dan harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai dengan peranan mereka dalam masyarakat dan Negara.

Aturcara Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Ini diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

Acara kemuncak Majlis ialah titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kemeriahan majlis ini diserikan lagi dengan persembahan tausyeh dan nyanyian Hari Raya daripada seramai 150 orang murid-murid dan penuntut-penuntut Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (gabungan Taman Asuhan Kanak-Kanak, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah).

Saat yang ditunggu-tunggu oleh para peserta ialah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menerima junjung ziarah dan beramah mesra dengan semua peserta yang hadir.

Semasa acara junjung ziarah, Yayasan dengan kerjasama beberapa buah syarikat swasta dan Government Linked Companies menyediakan sebanyak 20 buah 'rumah' untuk menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli kerabat Diraja Baginda ke rumah masing-masing dalam suasana muhibah rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri. Suasana ini setentunya akan memberi kesempatan peluang kepada para peserta untuk beramah-mesra dengan raja yang sangat dikasihi. Ini juga setentunya akan memberi inspirasi dan perangsang kepada para peserta dalam melaksanakan peranan mereka masing-masing.

Turut hadir dalam Majlis ini ialah Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Pegawai-Pegawai Kerajaan dan swasta yang selama ini terlibat dalam menjayakan projek dan aktiviti Yayasan.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086