
"Pengarah Urusan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Brunei (kanan)"
Pada petang Khamis, 8 Muharram 1434 bersamaan 22 November 2012, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan berikut:
1. Sumbangan kepada MABIMS
Yayasan pada petang ini menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah USD4,000.00 kepada Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS). MABIMS adalah suatu bentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga muslihat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik negara anggota. Matlamat penubuhan MABIMS adalah bagi mewujudkan dan mengukuhkan semangat persaudaraan yang sedia ada dikalangan umat Islam di Asia Tenggara. Sumbangan tersebut disalurkan kepada Masyarakat Islam Kemboja melalui Sekretariat Projek Kemanusiaan Negara-Negara MABIMS yang mana umat Islam di Kemboja mengalami kekurangan keperluan dari segi bidang pendidikan, kemahiran kemanusiaan dan kewangan seperti guru-guru agama, pendakwah, bangunan sekolah, madrasah serta buku-buku agama.
Hadir bagi menerima sumbangan ini ialah wakil Pegawai Tugas-Tugas Khas Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku wakil urusetia MABIMS Negara Brunei Darussalam.
2. Sumbangan Tajaan Bagi Penerbitan Buku Panduan Pengajar
Antara matlamat Biro Kawalan Narkotik adalah untuk mendokong dan menimbulkan kesedaran terhadap dasar kebangsaan mengenai penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan yang menghayalkan serta mewujudkan masyarakat Brunei Darussalam yang bebas dari penyalahgunaan dadah.
Bagi tujuan tersebut, Yayasan menyampaikan sumbangan tajaan keseluruhannya berjumlah B$4,350.00 bagi penerbitan buku panduan pengajar – "Apa Sebenarnya Dadah" iaitu sebanyak 300 naskhah buku serta sebanyak 300 keping DVD.
Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Mulia Dayangku Norqalbi Soffia binti Pengiran Haji Soffian, Ketua Pegawai Narkotik, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri.
3. Sumbangan Tajaan Bagi Pameran Zakat Harta 2012
Yayasan menyampaikan sumbangan tajaan yang keseluruhannya berjumlah B$5,000.00 untuk menaja sebahagian perbelanjaan yang diperlukan oleh Mahasiswa-Mahasiswi Perundangan Islam Brunei, Akademi Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam untuk mengadakan Pameran Zakat Harta 2012.
Sumbangan ini diterima oleh Yang Mulia Datin Dr Hajah Saadiah binti Datu Derma Wijaya Haji Tamit, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
4. Sumbangan Tajaan Bagi Mengendalikan Kejohanan Boling Terbuka Belait 2012
Bagi memupuk semangat kecemerlangan dikalangan belia serta dalam usaha Yayasan untuk terus membantu persatuan-persatuan dan badan-badan sukarela di negara ini mengendalikan projek dan aktiviti yang berkebajikan, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak B$1,000.00 kepada Persatuan Boling Sepuluh Pin Daerah Belait bagi menaja sebahagian perbelanjaan menganjurkan Kejohanan Boling Terbuka Belait 2012.
Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Zamhor bin Orang Kaya Paduka Seri Diraja Abang Abu Hanifah, Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Persatuan Boling Sepuluh Pin.
5. Sumbangan Kepada Mereka Yang Terlibat Dalam Kebakaran
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung dan dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Pada majlis ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$6,5000.00 kepada 7 buah keluarga yang terdiri daripada 25 orang ahli keluarga seperti keterangan berikut:
- Awang Johan bin Haji Lamat
- Dayang Sapiah binti Tuah
- Awang Jainudin bin Haji Ahmad
- Awang Mohammad Zani bin Jaidin
- Dayang Puspawani binti Zaidun
- Awang Haji Hambali bin Jaya
- Dayang Azlina
6. Sumbangan Berupa Kelengkapan Penyempurnaan Jenazah Kepada Sebahagian Masjid dan Balai Ibadat
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan di bahagian keagamaan ialah menghulurkan bantuan ke atas pembinaan, pengurusan dan pemeliharaan sekolah-sekolah ugama dan masjid-masjid samada berupa kewangan, material dan sebagainya. Untuk itu, bagi memberikan kemudahan kepada pihak masjid, surau dan balai ibadat khususnya dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah di samping memberikan kemudahan kepada para penduduk persekitaran, Yayasan menyumbangkan kelengkapan penyempurnaan jenazah kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadat iaitu seperti berikut:
Daerah Brunei dan Muara
- Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Kampong Katimahar
- Masjid Kampong Menunggol
- Rumah Kegiatan Ugama Kampong Bebuloh
- Masjid STKRJ Kampong Lambak Kiri
- Masjid Kampong Kasat
- Masjid Kampong Mentiri
- Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Kampong Rimba
- Masjid Kampong Pudak
Daerah Tutong
- Masjid Kampong Bukit
- Masjid Kampong Kiudang
- Masjid Kampong Lamunin
- Masjid Kampong Sinaut
- Masjid Kampong Penapar
- Masjid Kampong Bukit Udal
- Masjid Kampong Penabai
Daerah Temburong
- Masjid RPN Kampong Rataie
- Balai Ibadat Kampong Semabat
- Balai Ibadat Kampong Piasau-Piasau
Hadir bagi menerima sumbangan-sumbangan ini adalah Yang Mulia Imam-Imam bagi setiap Masjid dan Balai Ibadat tersebut.
Kesemua sumbangan Yayasan pada petang ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.






