Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Dayang Lasabit binti Agong

“Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Dayang Lasabit binti Agong”

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada petang Jumaat, 4 Rejab 1433H bersamaan 25 Mei 2012, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$10,200.00 kepada 3 buah keluarga seperti keterangan berikut:

Kampong Parit Baru, Daerah Temburong
1. Awang Thomas Anak Yantang

Keluarga Awang Thomas yang terdiri daripada 7 orang ahli (termasuk seorang ahli keluarga yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran) menerima sumbangan sebanyak B$7,500.00. Kejadian kebakaran berlaku pada 21 Mei 2012. Menerima sumbangan bagi pihak Awang Thomas Anak Yantang ialah isteri beliau iaitu Dayang Lasabit binti Agong.

Barek Lorong Tiga Selatan Seria, Daerah Belait
1. Dayang Norlinda binti Abdullah Lamat
2. Dayang Norin binti Bakar

Kedua-dua buah keluarga tersebut di atas yang terdiri daripada 9 orang ahli keluarga menerima sumbangan sebanyak B$2,700.00. Kejadian kebakaran berlaku pada 24 Mei 2012.

Sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086