Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pelajar-Pelajar Tingkatan Enam yang hadir semasa bengkel tersebut

“Pelajar-Pelajar Tingkatan Enam yang hadir semasa bengkel tersebut”

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan seminar dan bengkel mengenai 'Preparing For Oxford University Admission' kepada penuntut-penuntut cemerlang dari institusi-intitusi pendidikan pra-universiti di negara ini iaitu para pelajar yang berpotensi untuk mendapatkan anugerah Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berserta pengetua dan guru-guru kerjaya masing-masing. Seminar dan bengkel ini diadakan selama dua hari iaitu pada hari Isnin, 22 Syawal 1433H / 10 September 2012 dan hari Selasa, 23 Syawal 1433H / 11 September 2012M bertempat di Dewan Kuliah, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Seminar dan bengkel ini dikendalikan oleh Dato Dr Afifi Al-Akiti dan Dr Basil Mustafa dari Pusat Pengajian Islam Oxford (The Oxford Centre for Islamic Studies), United Kingdom. Seminar dan taklimat ini antara lain bertujuan untuk mendedahkan para pelajar mengenai Universiti Oxford dan cara-cara untuk memohon tempat di Universiti Oxford serta memilih kursus yang tepat dan sesuai. Selain itu juga, pelajar-pelajar akan didedahkan kemahiran temuramah dan cara-cara betul mempersiapkan résumé (butir peribadi) yang merupakan perkara-perkara penting bagi mendapatkan tempat di universiti yang berprestej tersebut.

Seminar dan bengkel ini adalah merupakan program sampingan bagi salah satu skim biasiswa Yayasan iaitu biasiswa "Sultan's Scholar" yang merupakan biasiswa yang berprestij dan dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang ke peringkat ijazah atau yang sebanding dengannya di institut-institut pengajian tinggi yang terkemuka di seluruh dunia.

Pada tahun 2008, Yayasan dan Pusat Pengajian Islam Oxford telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengadakan taklimat pendidikan yang bertujuan bagi mendorong penuntut-penuntut khususnya pelajar-pelajar tingkatan enam yang berpotensi mendapatkan biasiswa "Sultan's Scholar" bagi melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, United Kingdom. Pusat Pengajian Islam Oxford adalah pusat yang diiktiraf dan merupakan sebuah pusat berkecuali di bawah naungan Universiti Oxford.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086