Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Hadir dimajlis ini ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj, Timbalan Pengerusi 2 Jemaah Tadbir Yayasan (kanan)

"Hadir dimajlis ini ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj, Timbalan Pengerusi 2 Jemaah Tadbir Yayasan (kanan)"

Bersempena Ulangtahun Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Ke-20 Tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit pada hari Jumaat, 25 Zulkaedah 1433 bersamaan 12 Oktober 2012 bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 5 Oktober 1992 sempena sambutan Jubli Perak menaiki Takhta. Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Ahli Keluarga Diraja Baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih Baginda kepada rakyat Baginda serta menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

Bacaan tahlil diketuai oleh Yang Mulia Awang Faizal bin Janif/Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid. Hadir dimajlis ini ialah Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaludin Al-Haj, Timbalan Pengerusi 2 Jemaah Tadbir Yayasan; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Ahli Jemaah Tadbir Yayasan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan; guru-guru Sekolah Yayasan serta penduduk-penduduk Rancangan Perumahan Kampong Bolkiah 'A' dan Kampong Bolkiah 'B'.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086