Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam bencana angin kencang. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada petang Rabu, 26 Ramadan 1433H bersamaan 15 Ogos 2012, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$3,600.00 kepada empat buah keluarga yang terlibat dalam kejadian anginkencang di sekitar Mukim Pengkalan Batu iaitu:

  1. Dayang Ajijah binti Haji Malok
  2. Dayang Tuah binti Haji Jumat
  3. Awang Haji Tahuddin bin Haji Jumat
  4. Awang Kadir bin Haji Ismail

Dalam majlis ini, Yayasan juga menghulurkan bantuan bagi pendawaian dan penyambungan elektrik rumah dengan perbelanjaan sebanyak B$4,698.00 bagi Awang Mohammad Kahar bin Abdullah@Kahar bin Tumang di alamat No.257A Kampong Kuala Lurah, Jalan Limau Manis, Negara Brunei Darussalam. Beliau telah mendiami rumah tersebut sejak 30 tahun yang lalu dengan tidak mempunyai bekalan elektrik. Dengan adanya bantuan ini, Yayasan berharap beliau akan dapat menjalankan kehidupan dengan keadaan lebih selesa.

Sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086