
“Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Dayang Hajah Lawangsa binti Jais (kanan)”
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Pada petang Selasa, 22 Rejab 1433H bersamaan 12 Jun 2012, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$7,700.00 kepada keluarga Dayang Hajah Lawangsa binti Jais yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Jerudong baru-baru ini.
Sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.






