Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengarah Urusan (kanan) memberikan sumbangan kepada wakil Datalish Adventure (kiri)

“Pengarah Urusan (kanan) memberikan sumbangan kepada wakil Datalish Adventure (kiri)”

Pada hari Khamis, 15 Syaaban 1433H bersamaan 5 Julai 2012, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan kewangan selaras dengan tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang ugama, kebajikan dan pendidikan iaitu seperti berikut:

1. Salah satu tujuan penubuhan Yayasan dalam bidang ugama adalah menumpukan usaha mempertingkatkan dakwah dan syiar Islam di negara ini serta memeduli kesejahteraan saudara-saudara baru di negara ini, dan atas tujuan tersebut, Yayasan memberikan sumbangan seperti berikut:

  • Sumbangan kewangan berjumlah B$10,000.00 disampaikan kepada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) bagi menaja sebahagian daripada perbelanjaan mengadakan Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-V (KAIB V). Sumbangan tersebut diterima oleh Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Penolong Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
  • Sumbangan kewangan berjumlah B$5,000.00 bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengadakan Forum "Kembara Keimanan, Seribu Pengajaran" bersempena Sambutan Israk dan Mikraj bagi tahun 1433H/2012M yang dianjurkan oleh Kumpulan Al-Mutawe'en, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
  • Sumbangan kewangan berjumlah B$1,000.00 disumbangkan kepada Kelab Belia Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali Kampong Sengkurong untuk mengadakan Kem Motivasi. Sumbangan tersebut diterima oleh Awang Md Ehwan bin Haji Zainal, Pengerusi Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali.
  • Sumbangan kewangan berjumlah B$4,733.00 disampaikan kepada Persatuan Sinar Islam (PSI) Daerah Belait bagi pembelian alat-alat kelengkapan pejabat. PSI ialah merupakan salah satu persatuan saudara-saudara baru di Negara Brunei Darussalam. Sumbangan tersebut diterima oleh Dayang Hamyesuliana binti Abdullah, Setiausaha Agong Persatuan Sinar Islam Daerah Belait.

2. Salah satu tujuan Yayasan dalam bidang kebajikan menumpukan kepada usaha bagi menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang sosio-budaya dikalangan rakyat dan penduduk di negara ini, dan atas tujuan tersebut, Yayasan memberikan sumbangan seperti berikut:

  • Sumbangan kewangan berjumlah B$4,900.00 bagi pembelian kelengkapan dan keperluan untuk perkhemahan belia "Discovery Camp" 2012 bertempat di Taman Rekreasi Tasik Buluh Aie Merah, Kampong Sibut, Daerah Temburong yang dikendalikan oleh Datalish Adventure. Sumbangan tersebut diterima oleh Awang Haji Hidup bin Bujang, Ketua Pengajar Perkhemahan Belia.
  • Sumbangan kewangan berjumlah B$20,000.00 bagi Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) bagi membiayai sebahagian perbelanjaan mengadakan Dialog Teluk Brunei Ke-VII sempena Sambutan 50 Tahun ASTERAWANI Negara Brunei Darussalam (1962-2012). Sumbangan tersebut diterima oleh Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin, Ketua 1 ASTERAWANI.
  • Sumbangan kewangan sebanyak B$25,000.00 kepada Persatuan Pengakap Daerah Temburong bagi pembinaan bangunan baru Ibu Pejabat Pengakap Daerah Temburong untuk digunakan sebagai pusat tumpuan bagi ahli-ahli pengakap di Daerah Temburong mengadakan perjumpaan, mesyuarat serta aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Sumbangan tersebut diterima oleh Awang Haji Abdul Rahman bin Merusin, Pesuruhjaya Daerah Persatuan Pengakap Daerah Temburong.
  • Sumbangan kewangan sebanyak B$3,000.00 kepada Persatuan Basmi Dadah Negara Brunei Darussalam (BASMIDA) bagi menampung sebahagian perbelanjaan delegasi BASMIDA menghadiri forum "The 3rd International World Forum Against Drugs" di Stockholm, Sweden. Sumbangan tersebut diterima oleh Dayang Hajah Shimah binti Haji Mohd Yusof Khan, Penolong Setiausaha Agong BASMIDA.

3. Salah satu tujuan Yayasan dalam bidang pendidikan menumpukan kepada usaha bagi mempertingkatkan dan memperkembangkan bidang pendidikan melalui projek dan aktiviti yang diadakan oleh sekolah-sekolah, institut-institut tinggi serta universiti di negara ini, dan atas tujuan tersebut, Yayasan memberikan sumbangan seperti berikut:

  • Sumbangan kewangan berjumlah B$3,100.00 bagi mengadakan Pertandingan Sketsa Drama Kumpulan Tunas Mekar (KTM) kali ke-4 bagi Sekolah-Sekolah Rendah seluruh negara bagi tahun 2012 anjuran Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Sumbangan tersebut diterima oleh Awang Ali Yusri bin Abdul Gafor, Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
  • Sumbangan kewangan berjumlah B$1,600.00 bagi mengadakan Pertandingan Pembahas Muda bagi Sekolah-Sekolah Rendah seluruh negara bagi tahun 2012 juga anjuran Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Sumbangan tersebut diterima oleh Awang Ali Yusri bin Abdul Gafor, Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
  • Sumbangan kewangan sebanyak B$5,000.00 secara "in-kind" berbentuk cakera padat bagi kegunaan "The 11th Biennial Conference of the Borneo Research Council" bertemakan "Identities, Cultures and Environments" dianjurkan oleh Universiti Brunei Darussalam. Sumbangan tersebut diterima oleh Dr Yabit Alas, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam.

Kesemua sumbangan Yayasan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086