Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud menyerahkan sumbangan kepada salah seorang imam

"“Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud menyerahkan sumbangan kepada salah seorang imam"

Satu majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara bagi mengadakan majlis dan aktiviti dibulan Ramadhan adalah merupakan projek tahunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang ugama. Ini juga adalah merupakan salah satu usaha Yayasan bagi mentakmirkan masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya dalam mempertingkatkan syiar Islam di negara ini.

Bagi bulan Ramadhan 1433H / 2012M, Yayasan menyumbangkan sebanyak B$36,300.00 kepada 47 buah masjid, surau dan balai ibadat di keempat-empat Daerah di seluruh negara di majlis tersebut yang diadakan pada hari Rabu, 28 Syaaban 1433H bersamaan 18 Julai 2012 di Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Sumbangan-sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada imam-imam masjid, surau dan balai ibadah yang berkenaan.

Berikut adalah senarai sebahagian masjid, surau dan balai ibadat yang menerima sumbangan untuk tujuan mengadakan majlis atau aktiviti di bulan Ramadan bagi tahun 1433H/2012M:

Daerah Brunei dan Muara

  1. Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kg. Bolkiah 'A'
  2. Masjid Kg. Kasat
  3. Masjid Kg. Pudak
  4. Masjid PDI Haji Abd Mokti, Kg. Burong Pingai Air
  5. Masjid Kg. Menunggol
  6. Masjid Setia Ali Pekan Muara
  7. Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kg. Setia
  8. Masjid Kg. Pelambayan
  9. Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien Kg. Katimahar
  10. Masjid STKRJ Kg. Lambak Kiri
  11. Surau Kg. Tanjong Bunut
  12. Balai Ibadat Mukim Saba
  13. Balai Ibadat Kg. Sungai Pandan
  14. Balai Ibadat Kg. Lorong Dalam
  15. Balai Ibadat Nur Taqwa Kg. Sg. Siamas
  16. Pusat Kegiatan Ugama Kg. Bebuloh
  17. Persatuan Nurul Islam (PNI) Surau PDI

Daerah Tutong

  1. Masjid Kg. Tanjong Maya
  2. Masjid Kg. Penapar
  3. Masjid Kg. Danau
  4. Masjid Kg. Kiudang
  5. Masjid Kg. Lamunin
  6. Masjid Kg. Kupang
  7. Masjid Kg. Sinaut
  8. Masjid Kg. Bukit Panggal
  9. Masjid Kg. Penabai Kuala Tutong
  10. Masjid Paipa Sarah Kg. Sungai Kelugos
  11. Masjid RPN Kg. Bukit Beruang
  12. Masjid Kg. Bukit Udal
  13. Masjid Kg. Bang Dalam
  14. Masjid Kg. Bukit
  15. Masjid Kg. Benutan
  16. Balai Ibadat Dayang Hajah Aminah, Kg. Long Mayan
  17. Balai Ibadat Kg. Sengkarai
  18. Persatuan Saudara-Saudara Baru Daerah Tutong (PESATU) Dan Badan Kebajikan Saudara Baru Kg. Kiudang (BASKIM)

Daerah Belait

  1. Masjid Al Mashor, Kg. Sungai Mau
  2. Balai Ibadat Kg. Melilas
  3. Balai Ibadat Kg. Sukang
  4. Balai Ibadat Kg. Merangking
  5. Persatuan Sinar Islam

Daerah Temburong

  1. Masjid Pg Haji Abu Bakar Kg. Bokok
  2. Masjid Kg. Selangan
  3. Masjid RPN Kg. Rataie
  4. Balai Ibadat Kg. Sibut
  5. Balai Ibadat Kg. Semabat
  6. Balai Ibadat Kg. Piasau-Piasau
  7. Pos Da'wah Kg. Selapon

Turut hadir di majlis ini ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Hal-Ehwal Masjid, Imam-Imam dan pegawai-pegawai masjid yang berkenaan serta pegawai-pegawai Yayasan.

 

 

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086