
"Pengarah Urusan (kiri) memberikan sumbangan kepada Dayang Pungut binti Haji Matahir (kiri)"
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam bencana rumah roboh. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Pada petang Selasa, 11 Ramadan 1433H bersamaan 31 Julai 2012, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$6,000.00 kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh di Kampong Saba Darat B pada hari Sabtu 28 Julai lalu iaitu keluarga Dayang Pungut binti Haji Matahir dan keluarga Haji Tuah bin Salleh.
Sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.






