Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan

"Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan"

Dayang Jamila binti Murai berusia 47 tahun adalah seorang balu dengan mempunyai tanggungan seramai 6 orang anak berumur antara 6 hingga 17 tahun Beliau menerima bantuan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) sebanyak B$300.00 untuk seramai 5 orang anak yang masih bersekolah dan sebanyak B$702.60 daripada pencen turunan mendiang suami beliau. Beliau pada masa ini menumpang di rumah adik beliau sendiri sejak kematian suami pada tahun 2007.

Awang Muhammad Abbas bin Abdullah Dundang berusia 47 tahun adalah seorang saudara baru dan berbangsa Iban mempunyai 2 orang anak lelaki bersama isteri beliau. Beliau bekerja sebagai penjaga keselamatan di salah sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan di negara ini. Seorang lagi penerima rumah bantuan iaitu Dayang Nur Amalina Fatin Syahirah binti Abdullah Anji berusia 40 tahun adalah juga seorang saudara baru berbangsa Dusun dan merupakan seorang balu serta mempunyai 3 orang anak perempuan. Beliau tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya berjaja di tamu Kampong Serambangun dengan memperolehi B$5.00 ke $10.00 dari hasil jualan. Keadaan kedua-dua rumah tempat tinggal mereka yang ada adalah dalam berkeadaan daif dan usang.

Kos bagi mendirikan pembinaan sebuah rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$43,500.00 yang berkonsepkan 3 buah bilik tidur dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas.

Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu, Pemangku Pegawai Daerah Tutong; pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penghulu, Ketua Kampong dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086