Back
Next
title
Majlis Penyerahan Anak Kunci Rumah Bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

 

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pembinaan rumah bantuan kepada saudara-saudara baru adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki taraf kehidupan disamping dapat meneruskan dan menghayati kehidupan sebagai seorang Islam dengan sempurna dan dapat melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wata’ala dalam keadaan yang selesa dan aman.

 

Berita Penuh
Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-36 Tahun

 

Pada hari Khamis, 4 Rabiulawal 1431H bersamaan 18 Februari 2010M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-36 Tahun di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

 

Berita Penuh
Majlis Penyampaian kepada DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim

Pada hari Khamis, 19 Safar 1431H bersamaan 4 Februari 2010M, DANA menerima sumbangan keseluruhan berjumlah B$25,276.46 daripada 12 pihak penyumbang iaitu:


  1. Jabatan Pendidikan Teknik menyumbangkan sebanyak B$4,205.00 iaitu hasil kutipan daripada acara walkathon yang diadakan pada pertengahan tahun lepas.  Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar, Pengarah Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan.

  2. Majlis Perundingan Kampong Lumut II menyumbangkan sebanyak B$2,571.46 iaitu hasil kutipan daripada Acara Walkathon Kali Ke-2.


Berita Penuh

Lain-lain

  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Kepada Penduduk Yang Terlibat Dalam Kejadian Kebakaran [+]
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina [+]
  • Majlis Penghargaan Media dan Pelancaran Laman Web Rasmi Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah [+]
  • Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2009-2010 [+]
  • Majlis Sambutan ´Iduladha dan ´Ibadah Qurban Tahun 1430H/2009M [+]
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan kepada Penduduk Yang Terlibat Dalam Kejadian Kebakaran [+]
  • Majlis Penyampaian kepada DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim [+]
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Kepada Penduduk Yang Terlibat Dalam Kejadian Kebakaran [+]
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah [+]
  • Majlis Memulakan Tiang Rumah Bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Awang Haji Nudin bin Jamadil@Jamadin [+]